Sekadar Hiasan
Assalamualaikum
Semoga anda semua berbahagia hendaknya. Semoga kita amalkan hidup dengan akhlak yang mulia seperti mana diamalkan oleh Nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W. Selawat ke atas Baginda.
Dalam hidup kita seharian, mesti ada benda yang buat kita berkelahi, kan? Tak sependapat, atau ada yang sakitkan hati atau kecilkan hati anda. Kalau dengan musuh, senang sahaja, kita boleh blah! Tak payah layan. Tapi kalau dengan orang yang kita sayang, memang susah, kan? Kalau bertekak dengan mulut, boleh jadi penat dan lagi sakit hati. Kadang-kadang kata-kata kita dipatah-patahkan. Tak sempat kita jelaskan, sudah dipotong. Kita pun melopong! Bertambahlah sakit hati.
Tip yang mudah untuk atasi hal ini, tidak susah pun untuk diamalkan. Kata orang putih, "Life is about making decision." Jadi kita kenalah buat keputusan, kalau tidak, kita kan terus merana nanti. Dalam hal ini, inilah amalan saya bila bertekak dengan orang yang saya sayang. Saya amalkan proverb Jules Renard ini. "Writing is the best way to talk without being interrupted."
Sekarang ini, lagilah mudah. Kita boleh hantar email. Jangan hantar teks SMS, sebab payah nak tulis panjang-panjang. Hantar email, dia mesti baca. Apa sahaja yang kita nak kata, katakanlah. Lagipun, bila tulis, mulut kita terjaga. Kita tak akan keluarkan benda-benda mengarut. Kalau bercakap dalam keadaan yang sakit hati atau marah, mungkin ada benda yang keluar yang sepatutnya tak keluar. Kalau menulis, kita sempat lagi untuk berfikir.
Okeylah, sekadar berkongsi pengalaman untuk anda semua. Semoga kita hidup aman damai dan selamat dunia akhirat. Ameen.
Wassalam.
