Aku sekadar menumpang di dunia ini. Selagi ada umur, selagi itulah aku cuba berbakti, semoga aku dirahmati dan diberkati... Tuhanku... berilah aku hidayah untuk berbicara dari sudut hati dan pandangan mata...
Wednesday, February 01, 2012
Dilema Menulis Novel, Cerita Cinta Atau Bukan
Salam
Saya tak tahulah, tetapi saya percaya ramai penulis novel di Malaysia sedang berdepan dengan dilema ini. Nak tulis apa kalau bukan kisah cinta? Nak buat cerita misteri atau thriller? Pun kena juga masukkan hal-hal cinta. Tak ada cinta, jawabnya terkuburlah novel kita itu. Mungkin ada yang akan baca, tapi... tak usah haraplah ramai yang nak baca. Nak buat cerita politik? huhu, lagilah payah nak jual. Tak betul gaya, kena tangkaplah pulak... huhu duduk kat dalam lokap. Wal hasil, memang penulis novel tak tahu nak tulis apa kalau bukan kisah cinta. Yang menjadi isunya sekarang ini, banyak orang soalkan tentang ilmu yang patut ada dalam novel, bukan sekadar cerita cinta kosong. Memang sejak kebelakangan ini, ada banyak novel-novel Islami, tapi dikatakan tetap cerita cinta jugak, cuma mungkin cara dan coraknya berbezalah. Huhu... memang membebankan.
Yang merunsingkan lagi, ramai cerdik pandai kita kat luar sana, dah tak tahu nak kupas novel apa lagi untuk mereka bincangkan dalam forum-forum mereka, sebab dikatakan yang berlambak di pasaran ialah novel cerita cinta. Kesiannya. Jadi, hendak tak hendak, terpaksa jugalah para profesor dan cerdik pandai yang sibuk bertungkus-lumus di menara gading, rembat ajelah novel-novel cinta ini untuk dibuat kajian. Mestilah mereka meluat, kan? Tak ada benda lain, hanya kisah cinta aje yang ada dalam novel. Tak cinta tiga segi, cinta kahwin paksa. Tak pun cinta luar biasa... hehe... memang peninglah kepala mereka. Mungkin bertambah tertekan, sebab penulis dah tak ada idea.
Iya ke tak ada idea?
Rata-rata saya percaya, penulis hari ini terikat dengan kehendak pembaca. Pembaca suka baca novel cinta, penulis pun buatlah. Bukan hanya penulis wanita, penulis lelaki pun sama. Tulis cerita cinta jugak. Tak kisahlah cinta yang macam mana, asal cerita cinta. Jangan marah, ek? Saya pun sama juga.
Dalam hal menulis novel ni, saya suka juga buat cerita thriller, tapi kerjanya banyak dan saya tak ada masa nak buat kajian yang berat-berat. Sebab tu tak berapa nak ada masa tulis novel thriller ni.
Jadi, memang kesianlah para pengkaji yang ada kat Malaysia ni, sebab mereka tak cukup bahan produk berunsur 'ilmu' yang mereka nak cari. Asyik lambakan novel cinta aje.
Saya juga dapat maklumat bahawa trend sekarang ini, buku motivasi pun payah nak jual. Kalau buku agama memang okey, tapi bukan motivasi. Habis tu macam mana lagi? Siapa nak buat buku untuk hiasan saja, bukan untuk orang baca? Mestilah tak nak, kan? Alangkan tulis novel cinta pun tak semestinya laku. Kadang-kadang susah jugak nak jual.
Para cerdik pandai marah pada penulis, kerana kata mereka penulis menulis kerana duit. Iyalah abang dan adik oi, awak ada kat menara gading tu pun sebabkan duit jugak! Kalau tak sebabkan duit , tak jugak ada kat situ. Mesti buat benda lain. Sekarang ini, orang berdakwah pun atas sebab duit. Ramai yang sanggup buat video untuk letak kat YouTube. Cakap macam-macam, dan kita yang tengok pun tak tahu betul ke tidak apa yang mereka cakap pasal agama ni. Yang penting, mereka boleh buat DVD pulak dan jual. Tahu-tahu dah pun bawak kereta Porcshe... huhu, hebat tu.
Habis tu macam mana kita tak salahkan penulis yang tulis novel cinta kerana duit? Inilah dilema penulis, tak tahu nak buat macam mana lagi.
Wallahua'lam.