Keindahan Alam - Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Saturday, January 07, 2012

Kenapa Perempuan Suka Bergaduh?

                    Ini gaduh betul-betul


Salam semua

Hari ini hari Sabtu dan tentu anda semua sedang berehat-rehat, kan? Biasanya hari Sabtu kalau saya tidak ke mana-mana, ia merupakan hari saya untuk berkemas-kemas rumah. Sekejap lagi, kenalah mulakan. Huhu...

Okeylah... bila saya bercerita tentang perangai suami jahat yang suka 'jual isteri', ramai yang masuk blog saya, mungkin nak baca entri tu. Apa yang saya kisahkan dalam entri pada 6 Januari 2012, memang merupakan cerita betul, bukan satu khayalan. Malah, kalau ada yang dapat suami 'jahat', bukan setakat 'jual' sahaja, tetapi ada juga yang sanggup berlaku kejam dengan memukul dan menyeksa isteri mereka atau biarkan orang lain buat begitu kepada isteri mereka. Saya pernah melihat dengan mata kepala saya dan saya tak mahu bercerita di sini, terlalu mengerikan!

Apa pun, kisah-kisah ini sudah terjadi sejak dulu lagi. Bukan sekadar suami yang jahat, tetapi memang banyak sang isteri juga turut sama jahat. Orang perempuan ni, kadang-kadang kita memang tahu tentang 'mulut' mereka, tetapi ada juga bukan sekadar mulut, tetapi perbuatan 'jahat' yang dilakukan di belakang suami. Kalau dapat suami 'jahat' dan isteri pun jadi 'jahat' , orang putih kata 'fair and square', okeylah sama-sama 'crook', jadi balance. Tapi, kalau dapat suami yang baik tapi isteri pula jahat... huhu... tak tahu nak kata apa pulak, kan?

Hari ini bukanlah saya nak buka pekong orang perempuan, tetapi hendak bersembang sesuatu yang menjadi realiti kehidupan kita. Saya tak tahu kenapa, tetapi memang biasa kita dengar yang ada orang perempuan jenis suka 'berkelahi'. Bukan sekadar dengan suami sendiri, tetapi dengan rakan-rakan sepejabat, dengan teman-teman dan juga jiran-jiran. Pantang tersilap sikit, ada yang tak dapat nak kawal emosi, maka mulalah satu perkelahian. Di zaman cyber ni... bertambahlah canggih perkelahian. Apa-apa yang tak suka, akan ditampal dekat Facebook, biar semua orang baca! Lepas tu, akan terjadilah satu peperangan!

Bila ada apa-apa yang tak kena di hati, akan dijaja sana sini, konon-konon suaminya tak suka dibuat begitu, pada hal suaminya tak tahu-menahu! Biasa tak dengar macam tu? Orang lelaki pun ada juga yang suka bergaduh, tetapi rata-rata, orang lelaki lebih cool kalau dibandingkan dengan orang perempuan.

Mungkinkah ada orang perempuan yang cepat melenting? Atau orang perempuan memang tak reti kawal emosi (ada kena-mengena dengan hormon)? Yang tak best tu, bila dah bergaduh pulak tu, akan meleret, bukan seorang sahaja yang mengumpat-ngumpat dan mengata-ngata, penyakit itu akan berjangkit sana-sini. Kadang-kadang boleh jadi ada kem. Kem A lawan Kem B. Adoi.

Saya juga merupakan orang perempuan dan saya bercerita ni bukan untuk merendahkan siapa-siapa, tetapi untuk mengingatkan kita semua, termasuk diri saya, supaya kita cuba kawal 'emosi' kita dan elakkan daripada berkelahi tak tentu pasal. Kalau ia merupakan isu-isu kecil yang tidak melibatkan kerugian besar dari segi kewangan, harta-benda, akidah dan keluarga, tak usahlah kita besar-besarkan dan tak usahlah kita mencucuk sana-sini dan mengaibkan sesama sendiri. Yang penting, tak usahlah kita bawa contoh yang buruk untuk anak-anak kita, kerana anak-anak mudah mengikut contoh-contoh yang tak elok tu.

Kalau kita suka berkelahi dengan orang luar (teman atau jiran), rumah tangga kita juga akan turut jadi haru-biru, kerana mulut kita tak akan berhenti berkelahi di luar sahaja, malah akan menjejaskan rumah tangga kita sama.

Okeylah... buat semua orang perempuan, sama-samalah kita berusaha untuk elokkan budi bahasa, cantik-cantikkan pertuturan kita, agar semua yang berada di sekeliling kita suka berkawan dengan kita. Kalau ada yang kita tak berkenan, elok kita tutup sahaja mulut kita. Tak ada maknanya pun kalau kita membebel tak tentu pasal!

Wallahua'lam.